Saturday, May 12, 2012

Dalam Doa


Ku tahan dengan sebuah cinta,
Ku sabar dengan sebuah rindu,
Yang bergulir dalam hatiku,
Resah dan semakin meresahkan aku,
Terlalu pedih menahannya,
Sehingga ada air yang mengalir laju,
Ku sapu dan ku usap perlahan2,
Agar ia tidak deras mengalir..

Bersimpuh di tikar sajadah,
Menadah tangan dan berdoa,
Mengharap ada kekuatan utk diri,
Menjalani dengan rela setiap kesepian yang ku lewati,
Bisikku pd diri,
Bermujahadahlah duhai hati,
Menahan perasaan yang sedang ku rasai,
Jika redha yang ku pinta,
Bersabar atas jalanNya,
Jangan terpedaya dengan bisikan syaitan,
Jangan terpedaya dengan hasutan perasaan,
suatu saat ia akan hadir,
dalam keadaan yang halal utkku,
bertahanlah untuk sementara,
cinta dan rindu di dalam dada,
ku simpan ia,
di dalam doa,
padaNya……

Friday, May 11, 2012

Kisah Hati Seseorang (Muhasabah Diri)



pernah suatu ketika, datang seorang jejaka, ingin melamar hati yg belum berpunya, katanya dia sedang mncari seorang istri, yg bisa membantunya dalam memperbaiki diri, aku tersenyum mendengar niatnya yg suci, kataku padanya, aku ingin membantunya, sekuat qudrat yg aku ada, lamarannya ingin ku terima, tetapi bukan lamaran cinta, andai ada jodoh aku dan dia, aku pasrah atas ketentuanNya.. dia datang, dan aku mempersilakan, dia sudi utk mnjadi milikku, dan aku sudi membantu, niatku cuma satu, aku ingin membantunya dengan ilmu yg aku ada, utk lamarannya ku serah pd yg Esa.. ketika aku ingin mula menerima, dia pergi tanpa berita, rupanya dia punya pilihan kedua, aku bahagia dgn pilihannya, walaupn ada sisa kecewa, kerana dia berdiam tanpa kata, aku tertanya2 juga, kenapa begini jadinya, dan aku dapat tahu akhirnya, kata dia aku tidak layak utknya, karena aku trlalu baik dan solehah bgnya, tidak setanding utk di bndingkan dgn dia yg sederhana, tdk punya apa2, msh bertatih mencri cahaya... aku tersenyum mendengar alasannya, aku mengiyakan sahaja, tanpa byk bicara, aku sudikn ia pergi, sebagaimana aku pernah sudi dgn kehadirannya di sini, dan aku tdk pernah mengikatnya dgn janji2... doaku semoga dia berbahagia dgn pilihan yg selayak buatnya..

namun ketika aku di dalam kekalutan perasaan, hadirlah seorang insan, tdk pernah aku terfikirkan, dia dtg dgn lamaran dan harapan, bagaikan mengubati kekecewaan, namun aku seakan2 blm bisa menerima pelawaan, aku tggu jawaban dr Tuhan, tetapi kesungguhannya membuatku keharuan, dan aku cuba berfikr dgn tenang, mungkin dia adalah gantian, atas kejadian yg semalam, dan aku mulai utk menerima, tetapi aku tdk pernah brharap yg lebih dr dia, aku tdk ingin terlalu mengejar cintanya, sekadar menerima lamarannya seadanya, jika suatu saat dia pergi lagi, hanya utk pilihan yg lebih baik, aku merelakan ia pergi, ketika dia datang dgn cara yg baik kpdku, begitulah aku mempersilakan ia pergi tanpa ada paksaan dan dgn rela hati, kerana aku, sentiasa memberi peluang bgnya mncri yg trbaik utknya, kerana aku sntiasa memberi kebebasan utknya mncari yg lebih baik, aku tdk pernah mengikatnya dgn janji2, kerna aku terlalu peraya dengan taqdir Ilahi, kerna aku tdk pernah mahu melukai, tp aku bersedia utk dilukai, andai itulah jalan2 yg harus ku lalui..

harapanku, andai jodhku dgnnya, aku berharap utk slamanya, dlm sujud dan doaku, aku minta yg telah ditaqdirkan utk aku.. segala2nya aku serahkan pdNya.. aku merancang, dia merancang, Tuhan juga merancang, tetapi perancangan Allah lah yg terbaik utk hamba2Nya...
pintaku, Allah memberikan kekuatan utkku lawan perasaan, yang semakin bercambah dlm hati ini, menahan segala kerinduan, luahan hanya pd Tuhan.. jauhkan aku dan dia dr segala prasangka, juga dari segala fitnah manusia.. kerna aku tdk ingin menjadi fitnah bgnya.. dan aku ingin menjaga cinta, dr mengundang murkaNya... peliharalah ya Allah! peliharalah hati ini, cinta ini, dan rasa rindu ini..









Wednesday, May 9, 2012

Cinta Yang Tidak Termiliki



Apabila cinta harus pergi,
ketika kasih tak peduli lagi,
tabahlah kau hadapi,
kerana cinta itu bukan yang sejati..

Benarlah sakit merasakan kehilangan,
namun lebih sakit jika cinta tiada keredhaan,
sujudlah dalam keta’atan,
carilah cintamu di sisi Tuhan..

Jangan kau tersalah langkah dalam mencari,
nanti kau kan kecewa wahai hati,
carilah di jalan yang diridhai,
restu yang perlu kau miliki..


Monday, May 7, 2012

WASIAT IMAM SYAFI'E


Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah:
 
1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz

2.  Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
 
3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya akan kembali kepada Allah
 
4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan
 
5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.
 
6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya
 
7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir
 
8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya
 
9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain
 
10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
 
11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya
 
12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )
 
13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu
 
14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi
 
15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu
 
17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu
 
18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut
 
19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong
 
20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas

21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki
 
22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya
 
23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )
 
24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya
 
25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu
 
26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang
 
27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan
 
28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau
 
29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya
 
30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya
 
31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali
 
32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas semata-mata

Sunday, May 6, 2012

tentang jiwang aku.. :D

kata sahabat, aku nih jiwang karat sejak zaman skolah lg, mcm2 gelaran aku dpt.. klu kat meja pun penuh ar ngn puisi tulisan aku yg aku conteng sampai kwn2 aku pn leh cam dah ni meja aku, tmpt aku duduk... tp yerlah, x  smua memahami minat dan jiwa aku.. ketika aku menggubah puisi, ada dtgnya dr ht sndiri, ada dr novel2 yg aku baca.. aku hayati dan aku memahami setiap watak utama dan aku gubah prasaan2 itu dlm bentuk puisi.. aku tahu ar x smua bg persepsi yg baik trhadap tulisan dan minat aku yg jiwang karat nih.. ada kata2 jiwang seolah2 tuju pd kekasih, tp hakikatnye xde sorang pn yg tahu kecuali aku... aku sgt suka dgn puisi.. kekadang aku wat ayat jiwang2 tp aku bg dekat kwn2 pmpuan aku, yelah aku mne ade kwn laki pun.. huhuhu... seronok brbagi kata2 indah dgn kwn2.. n hanya dua org je kwn baik aku yg sgt2 suka dgn tulisan jiwang aku.. huhuhu... aku happy n puas setiap kali aku gubah puisi2 indah, puisi2 yg aku buat x semestinya drpd kisah hati aku sndiri tp aku mghayati prasaan2 org di sekeliling aku..  perah hampir 2,3 bulan jugak aku x menulis gara2 seseorang, seolah2 ilhamku hilang, fikiranku jd beku, aku mcm trkapai2, tanganku seolah2 jd kaku utk mggubah puisi, tp akhirnya aku trjumpa satu inspirasi yg mmbuatkan ilhamku hadir makin mnjd2.. kdg2 aku trfikir mcm mana dlm satu hr aku blh buat 2,3 buah puisi padahal fikiranku nih trbatas, kdg2 ilhamtu dtg tiap2 hr.. kuasa Allah, Dia memberikan ilham itu utk aku.. aku syukur sebb aku xde ape2 kelebihan dlm diri aku tp aku punya jiwa yg sntiasa ingin memahami prsaan insan di sekililing aku dan mnjadikannya sebuah puisi sebagai kenangan.. setiap puisi yg aku gubah ibarat sebuah cerpen kenangan utk aku... stiap kali aku baca kembali puisi2 aku, akan trgambr kembali kenangan2 yg trjadi ketika aku menulis puisi trsebut..

aku x kisah bila mcm2 gelaran aku dapt, ustazah jiwanglah, ustazah rocklah, minah jiwang karat, minah suka berkhayal n seumpamanya sebb aku bhagia dgn puisi2 dan aku sgt suka sharing ayat2 indahku dgn sahabt2... jika org lain brhibur dgn mndengr lgu, tgk filem, bca novel. tp aku suka mghiburkan htku dgn ilham dan inspirasiku...

Friday, January 13, 2012

Aku Perlukan Cinta..




Menganyam rindu hari demi hari,
menguji kesabaran iman dalam penantian ini,
jodoh yang ku tunggu belum jua datang melamar hati,
hati yang semakin sepi sendiri..

Benar,
cinta sudah pun terpupuk disini,
semakin mekar dilubuk qalbi,
namun cinta belum bisa disemai,
dalam makna yang hakiki..

Tuhan,
aku perlu cinta untuk ku terus menyemai iman yang senipis kulit bawang ini,
aku perlu cinta untuk memberi kekuatan dalam dakwah ini,
sungguh aku tak bisa sendiri untuk menyulam taqwa diri,
aku perlu cinta untuk mentarbiahkan aku waktu aku alpa sendiri,
aku mohon yang terbaik buatku dariMu,
ku ingin cintaku menjadi zikir rindu padaMu,
bersamanya,
cintanya,
dan rindunya,
hanya pada dia,
hanya dia...