Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan
menjadi pedoman kepada
kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar
iaitu imam As-Syafi'e rahimahullah:
1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat
dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz
2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal
diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang
halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang
tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur,
maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup
di dunia hanya akan kembali kepada Allah
4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin
ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji,
sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan
5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau
capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap
sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau
hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat
demekian.
6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia
tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha
terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan
yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada
perintahNya
7. Capailah tujuan sesuatu percakapan
itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir
8. Orang yang menzalimi diri sendiri
ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya,
mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan
menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya
9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan
mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain
10. Sesiapa yang memberi peringatan dan
nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah
menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia
telah menyakiti dan mengkhianatinya.
11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan
bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya
12. Apabila telah tetap perkara asal di
dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )
13. Sesiapa yang mahu kebahagian di
akhirat maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu
14. Sekiranya manusia berfikir mengenai
kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi
15. Orang berilmu bertanya mengenai
perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara
ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang
belum diketahui orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada
menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar
16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum
memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan
lagi untuk mendalami ilmu
17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu
agar ia tidak akan menyempitkan masamu
18. Keelokan oarng yang berilmu ialah
mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut
19.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia
mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka
sebenarnya dia telah berbohong
20. Sekalipun seseorang itu
bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui
jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia
dan Allah tidak mengetahui seseorang tentang riya’ ( bermegah
dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas
21. Sesorang itu tidak mampu untuk
menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang
dimiliki
22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh
taqwa maka tiada kemuliaan baginya
23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia
merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama )
24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya
maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya
25. Sesiapa yang engkau redha akan
menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga
mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada
pada dirimu
26. Politik pergaulan manusia berlainan
dengan politik pergaulan binatang
27. Orang berakal ialah mereka yang mana
akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan
28. Sekiranya manusia mengetahui
keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada
keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau
29. Bagi akal itu ada penghujungnya,
begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya
30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya
maka kebaikan berada di tangannya
31. Sekiranya ulama’ yang beramal dengan
ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi
Allah itu wali
32. Jika aku tahu dengan meminum ais
sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air
panas semata-mata
No comments:
Post a Comment