Tuesday, May 22, 2012

Peliharalah Allah nesaya Allah Memelihara Kita

Dari Ibn Abbas r.a. katanya: “Suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w., Baginda telah bersabda: “Wahai budak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa kalimah. Peliharalah Allah SWT (dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan tegahan-Nya) nescaya Allah SWT memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati (apa yang engkau cita-citakan) berada di hadapanmu, kalau engkau meminta. Pintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, pohonlah pertolongan kepada Allah SWT. Ketahuilah seandainya mereka bersatu untuk mendatangkan mudharat kepadamu, mereka tidak juga dapat melakukannya melainkan apa yang telah ditulis oleh Allah SWT untukmu. Qalam telah pun terangkat dan kitab telah pun kering tulisannya (sesuatu atau perancangan manusia telah termaktub di Luh Mahfuz)”. Riwayat Imam al-Tirmizi, katanya hadith ini Hasan Sahih. Mengikut riwayat yang lain daripada al-Tirmizi, “Peliharalah Allah nescaya Allah akan selalu berada bersamamu. Hendaklah engkau kenal Allah semasa senang, nescaya Allah akan kenal engkau semasa susah. Ketahuilah sesuatu yang ditakdir tidak menimpa engkau, tidak akan berlaku ke atas engkau. Sebaliknya sesuatu yang telah ditentukan oleh takdir menimpa, engkau tidak akan terlepas daripadanya. Ketahuilah sesungguhnya kejayaan itu bersama (memerlukan) kesabaran. Kelapangan itu bersama dugaan dan kesusahan itu bersama kesenangan.”
(H.R. al-Bukhari dan al-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment